Tuesday, December 3, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    VW, Rivian sasar pelancaran produk bersama 2026

    NEW YORK, 13 NOV – Pengeluar automotif Jerman, Volkswagen (VW) dan pengeluar kenderaan elektrik (EV) AS, Rivian, menyasarkan untuk memulakan penjualan kereta yang dilengkapi dengan teknologi hasil usaha sama mereka menjelang 2026, menurut kenyataan yang dikeluarkan kedua-dua syarikat kelmarin.

    elektronik’ kenderaan, adalah berdasarkan pelaburan sehingga AS$5.8 bilion oleh VW dalam Rivian menjelang 2027.

    “Kerjasama dengan Rivian adalah langkah logik seterusnya dalam strategi perisian kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan VW, Oliver Blume, dalam satu kenyataan.

    “Dengan pelaksanaannya, kami akan mengukuhkan daya saing dan teknologi global kami.”

    Model baharu Rivian, R2, dijadualkan untuk dilancarkan pada separuh pertama 2026, dengan model pertama VW yang menggunakan teknologi usaha sama itu dijangka tersedia pada 2027, menurut kenyataan tersebut.

    Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Rivian, RJ Scaringe berkata usaha sama ini ‘menandakan langkah penting ke hadapan dalam membantu peralihan dunia kepada EV.’

    Kerjasama itu bertujuan ‘mengurangkan kos pembangunan dan mempercepatkan penggunaan teknologi baharu,’ menurut kenyataan akhbar.

    VW turut berkongsi pada akhir September lalu bahawa ia sedang berusaha untuk mengurangkan kos dan menghadapi cabaran besar dalam perniagaannya. – AFP

    Volkswagen Beetle 1949 dipamerkan semasa Pameran Auto Antarabangsa New York di Pusat Konvensyen Jacob Javits di New York City pada 27 Mac lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda