Saturday, December 14, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita Pertama Korea Selatan disiasat berhubung kes rasuah

    SEOUL, 21 JULAI – Wanita Pertama Korea Selatan, Kim Keon Hee telah disoal siasat berhubung dakwaan manipulasi saham dan rasuah melibatkan beg tangan mewah bernilai AS$2,200, kata pihak pendakwaan hari ini.

    Soal siasat itu diadakan ketika pembangkang menggesa siasatan khas dijalankan ke atas wanita pertama itu, yang telah diawasi kerana menerima beg Dior yang melanggar peraturan etika kerajaan, serta peranannya dalam skim manipulasi saham.

    Pendakwa raya menjalankan ‘soal siasat bersemuka’ terhadap Kim kelmarin, kata Pejabat Pendakwa Daerah Pusat Seoul dalam satu kenyataan.

    Rakaman kamera tersembunyi yang dikeluarkan tahun lalu nampaknya menunjukkan Kim menerima beg tangan berjenama mewah bernilai AS$2,200, satu tindakan yang kemudiannya digelar sebagai ‘skandal beg Dior’ oleh akhbar tempatan.

    Skandal itu menjejas kepopularan Presiden Yoon Suk Yeol yang sudah merosot, sekali gus menyumbang kepada kekalahan teruk bagi partinya dalam pilihan raya umum pada April lalu apabila ia gagal memenangi semula majoriti parlimen.

    Hadiah sedemikian akan melanggar undang-undang Korea Selatan, yang melarang pegawai awam dan pasangan mereka daripada menerima apa-apa yang bernilai lebih daripada AS$750. – AFP

    Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol diiringi oleh Wanita Pertama Korea Selatan, Kim Keon Hee, tiba di Pangkalan Tentera Udara Andrews, Md., untuk menghadiri sidang kemuncak NATO di Washington pada 10 Julai 2024. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda