Friday, September 20, 2024
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga MMSB berjaya kutip 60kg sisa sampah

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 20 SEPT – Lebih 40 pegawai dan kakitangan dari pelbagai jabatan di bawah Mahkota Maju Sdn Bhd (MMSB) berjaya mengutip sekitar 60 kilogram (kg) sisa sampah semasa Program Gaya Hidup Sihat Pekerja yang diadakan hari ini di Taman Rekreasi Sungai Liang.

    Hadir mengetuai kempen itu ialah Pengarah Latihan MMSB, Haji Ibrahim bin Haji Mahmud yang sekali gus memberikan ucapan yang penuh inspirasi kepada pegawai dan kakitangan mereka yang hadir mengenai kepentingan kempen.

    “Program yang dianjurkan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami, ini adalah salah satu daripada cara kami untuk mencipta impak positif sambil berusaha untuk memberikan kembali kepada masyarakat setempat.”

    Sementara itu, Pengurus Sumber Manusia MMSB, Diyanah Izzati, turut mengingatkan semua orang supaya terus berwaspada dengan pilihan harian mereka dan berharap tindakan mereka akan memberikan inspirasi untuk menjalankan program serupa bagi menjaga masyarakat

    Selesai ucapan, program diteruskan dengan taklimat keselamatan ringkas. Para peserta kemudiannnya dipecahkan kepada tiga kumpulan untuk mengutip sampah di sekitar taman tersebut.

    Para peserta turut mengadakan pertandingan di mana kumpulan yang paling banyak mengutip sisa ke dalam beg sampah akan diberikan ganjaran pada akhir program.

    Program anjuran MMSB itu juga bertepatan dengan Hari kebersihan Sedunia yang disambut setiap tahun pada 20 September di mana ia menyeru kepada agensi-agensi dan kumpulan-kumpulan di seluruh dunia untuk menyumbang kepada perubahan masyarakat dalam mengawal tingkah laku mereka terhadap pembuangan sampah yang tidak teratur .

    Warga MMSB bergambar ramai semasa menyertai kempen berkenaan.
    Atas dan bawah: Antara warga MMSB yang mengambil bahagian semasa kempen tersebut.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda