Friday, September 20, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waspada penipuan kutipan derma

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) mengambil perhatian mengenai kutipan derma bagi Tabung Kemanusiaan Gaza (Palestin) yang kononnya diluluskan oleh Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) iaitu nama lama BDCB.

    BDCB, dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menegaskan bahawa sesiapa yang menggunakan nama atau logo BDCB tanpa kebenaran bertulis atau menggunakan nama, simbol, reka bentuk atau lambang BDCB yang serupa atau menyerupai nama, simbol, reka bentuk atau lambang BDCB untuk memperdaya/menipu atau menyebabkan kekeliruan atau berkemungkinan untuk memperdaya/menipu atau menyebabkan kekeliruan merupakan kesalahan di bawah Bab 74A Perintah BDCB, 2010.

    Jika disabit kesalahan, hukuman denda tidak melebihi $20,000, penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali boleh dijatuhkan. BDCB tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap pelaku.

    BDCB menyatakan bahawa jika terdapat sebarang keraguan mengenai perkara itu, orang ramai dinasihatkan menghubungi BDCB bagi pengesahan melalui talian, 8318388 atau e-mel, info@bdcb.gov.bn.

    Di samping itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan melindungi diri daripada kemungkinan penipuan derma dengan sentiasa mengesahkan kutipan derma dan pengendalinya dengan pihak-pihak berkuasa yang berkenaan.

    Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak sekali-kali menghantar wang atau mengongsikan butiran peribadi atau perbankan dengan sesiapa yang tidak kenali atau dipercayai.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda