Sunday, January 19, 2025
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Wolverine’ dikesan di California, kali kedua disahkan dalam tempoh seabad

    LOS ANGELES, 4 JUN – Seekor wolverine liar dikesan beberapa kali di California bulan lepas, menurut Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California.

    Dalam tempoh dua minggu pada bulan Mei, haiwan itu dilaporkan dilihat dua kali di Hutan Negara Inyo dan sekali di Taman Negara Yosemite, lapor tca/dpa. Foto dan video haiwan itu dianalisis oleh pakar Perkhidmatan Hutan AS dan mengesahkan ia adalah haiwan yang sama berdasarkan perbandingan badan, warna dan pergerakan.

    “Wolverine boleh menempuh jarak perjalanan yang jauh, menjadikan kemungkinan penampakan baru-baru ini merupakan haiwan yang sama.

    “Pengesanan terbaharu ini sangat menarik berdasarkan hanya dua wolverine disahkan di California dalam tempoh 100 tahun yang lalu,” kata Saintis Kanan Alam Sekitar Jabatan Ikan dan Hidupan Liar Daniel Gammons dalam satu kenyataan. Wolverine tidak pernah dikesan di hutan belantara California sejak 2018 dan makhluk yang sama itu juga dilaporkan pada 2008 di kawasan Truckee di Hutan Negara Tahoe. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda