Saturday, September 14, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    YKNM, UK-Malaysia Kecekapan Konsortium meterai kerjasama

    KUCHING, 27 OGOS – Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKNM) dengan UK-Malaysia Kecekapan Konsortium menandatangani Nota Kerjasama bagi melaksanakan program ‘Kecekapan-Rise’ untuk membantu kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

    YKNM diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Nordiana Haron manakala Dr Ramona Blanes yang juga Principal Investigator UK-Malaysia Kecekapan Konsortium mewakili agensi itu dalam majlis menandatangani nota berkenaan yang disaksikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

    Berucap pada majlis itu hari ini, Nancy berkata program kerjasama berkenaan bertujuan membantu kumpulan sasar kementerian bagi meningkatkan kemahiran dalam aspek keusahawanan, literasi kewangan, pemasaran, dan media sosial.

    “Kecekapan membawa maksud Key Entrepreneurial Cognitive Education and Knowledge Advancement Project: A Network manakala ‘RISE YKN’ membawa maksud Reaching Intellect through Social and Education (Rise).

    “Maksud ini seiring dengan objektif penubuhan YKN iaitu memperkasa kumpulan sasar dalam aspek pendidikan,” katanya.

    Nancy yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKNM berkata program berkenaan akan dijalankan melalui kursus secara dalam talian selama 12 minggu bermula September hingga Disember ini dan ditaja sepenuhnya oleh British Council. – Bernama

    Datuk Seri Nancy Shukri (tengah) bersama para peserta selepas menyaksikan majlis menandatangani Nota Kerjasama antara YKNM dengan UK – Malaysia Kecekapan Konsortium pada 27 Ogos. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda