Sunday, January 5, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yovie pilih tiga penyanyi berbakat luar biasa

    Komposer dan penerbit muzik terkenal, Yovie Widianto kembali berkolaborasi dengan tiga penyanyi muda berbakat dari Indonesia, Lyodra, Tiara Andini dan Ziva Magnolya menerusi single Apa Artinya Aku.

    Single Apa Artinya Aku mengisahkan seorang yang sedang dilamun cinta, namun cintanya tidak terbalas. Lebih menyedihkan, dia hanya dianggap sebagai pilihan kedua oleh orang dicintai.

    Yovie berkata, pemilihan ketiga-tiga penyanyi muda berbakat besar itu dibuat berdasarkan kehebatan vokal yang luar biasa.

    “Walaupun terdapat cabaran pada bahagian bridge lagu, suara mereka tetap kedengaran indah dengan keunikan tersendiri.

    “Tidak meragui kemampuan vokal, mereka adalah antara penyanyi muda terbaik dalam industri muzik hari ini.

    Lyodra, Tiara Andini dan Ziva Magnolya berkolaborasi menerusi single Apa Artinya Aku. – Jawapost

    “Saya gemar dengan karakter vokal mereka dan tahu bagaimana lagu ini harus disampaikan berdasarkan keunikan vokal masing-masing,” kata Yovie.

    Sebelum ini, Lyodra, Tiara dan Ziva pernah bekerjasama dengan Yovie menerusi single Menyesal yang dilancarkan pada 3 Mac tahun lalu sebagai sebahagian daripada projek album Yovie & His Friends di bawah Universal Music Indonesia.

    Sementara itu, Arsy yang juga anak kepada Yovie memberitahu, tema lagu berkenaan mengenai kesedihan seseorang apabila cinta tidak terbalas, lapor BH Online.

    “Cerita lagu ini sebenarnya agak ringkas, ia tentang cinta tidak berbalas. Seseorang menyimpan perasaan dan menunggu dengan penuh harapan, namun akhirnya kecewa kerana hanya menjadi ‘pilihan kedua’.

    “Tema utama lagu ini berkisar tentang kekecewaan dan kesedihan,” kata Arsy selaku komposer lagu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda