Banjir di Sarawak pulih

Banjir di Sarawak pulih

KUCHING, 4 Jan (Bernama) – Keadaan banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan di Surau Darul Hadhari Kampung Rimba Padi di Asajaya ditutup pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata pusat pemindahan banjir di Bahagian Serian itu ditutup pada 10.15 pagi setelah banjir surut.

“Pusat pemindahan itu menempatkan 56 orang mangsa daripada 17 keluarga. Semua mangsa kini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama.