Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    1,060 sertai majlis khatam 76 kali

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Pertubuhan Wargamas (PW) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran 76 kali khatam sempena ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Masjid Perpindahan Lambak Kanan, hari ini.

    Ianya merupakan kali keempat berturut-turut diadakan oleh pertubuhan tersebut sejak 2019.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Paduka Haji Matsatejo bin Sokiaw selaku wakil Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Yussof.

    Yang Di-Pertua PW, Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Don dalam ucapan alu-aluannya selaku pengerusi majlis antara lain mengongsikan bahawa pertubuhan tersebut berjaya menyatupadukan ahli-ahlinya dan warga emas di seluruh negara untuk menyertai rancangan khatam Al-Quran tersebut di mana seramai 1,060 orang telah menyertainya.

    Beliau menjelaskan, ia merupakan sebagai pesambah istimewa kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia bersempena dengan ulang tahun hari keputeraan Baginda setiap tahun sejak 2019.

    Menurut beliau lagi, kerjasama itu dibuat adalah bagi merealisasikan satu legasi yang pernah dibuat oleh PW dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama pada April 2021 iaitu Kolaborasi Program Keugamaan.

    “Dengan adanya usaha ini maka rancangan whole of nation dapat direalisasikan,” tambahnya.

    Selain itu, beliau juga mengongsikan bahawa satu lagi legasi dibuat oleh PW pada majlis berkenaan ialah pengumuman anugerah khas Ahli Wargamas Centenarian iaitu ahli yang berusia satu abad.

    Dato Seri Paduka Haji Matsatejo menyampaikan anugerah khas Ahli Wargamas Centenarian pada majlis yang diadakan di Masjid Perpindahan Lambak Kanan, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    24 maut lebuh raya runtuh di selatan China

    BEIJING, 1 MEI - Sekurang-kurangnya 24 orang maut selepas sebahagian lebuh raya runtuh akibat hujan lebat di wilayah Guangdong, selatan China hari ini, kata...