Wednesday, October 30, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 maut dalam tanah runtuh di Vietnam

    HANOI, 14 JULAI – Sekurang-kurangnya 11 orang terkorban apabila van yang mereka naiki ditimbus tanah runtuh akibat hujan lebat di utara Vietnam, menurut pihak berkuasa pengurusan bencana negara, semalam.

    Utara Vietnam kini sedang mengalami musim hujan yang membawa hujan lebat dan banjir, menjadikan perjalanan di sepanjang jalan pergunungan berbahaya.

    Kejadian tanah runtuh tersebut berlaku sekitar jam 4 pagi waktu tempatan di daerah Bac Me, wilayah Ha Giang, melibatkan sebuah van yang mempunyai 16 tempat duduk, lapor media tempatan.

    Pasukan penyelamat telah berjaya menemui 11 mayat, termasuk seorang kanak-kanak lelaki, menurut agensi bencana.

    Enam mangsa lain ditemui hidup dan telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut, tambahnya, sementara pasukan penyelamat masih meneruskan operasi mencari dua lagi mangsa yang masih hilang.

    Gambar dan video yang disiarkan media tempatan menunjukkan jentolak, ambulans dan ratusan pekerja penyelamat di lokasi kejadian yang berlumpur.

    Musim hujan yang berlangsung dari Jun hingga November sering menyebabkan banjir dan tanah runtuh di utara Vietnam. – AFP

    Pasukan penyelamat ketika membawa mangsa untuk rawatan lanjut di hospital, selepas tanah runtuh di wilayah Ha Giang, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda