Wednesday, January 8, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    19 maut, bot karam di Etiopia

    ADDIS ABABA, 28 JULAI – Sekurang-kurangnya 19 orang lemas apabila bot mereka karam di sungai di wilayah Amhara utara, Etiopia pada kelmarin, kata media rasmi wilayah itu pada hari ini.

    “Tujuh orang termasuk seorang kanak-kanak telah diselamatkan dalam keadaan yang sukar,” tambah Amhara Media Corporation (AMC), memetik seorang pentadbir tempatan.

    Bot itu membawa penumpang menyeberangi sungai Tekeze, yang mengalir di sepanjang sempadan Etiopia dengan Eritrea sebelum ia menyeberang ke Sudan pada titik di mana ketiga-tiga negara itu bertemu.

    Seramai 26 orang dianggarkan berada dalam bot ketika kejadian berlaku sekitar tengah hari (0900 GMT), kata pegawai-pegawai.

    Hanya dua mayat telah ditemui, kata AMC, sambil menambah bahawa mereka yang diselamatkan telah dibawa ke hospital-hospital berdekatan.

    Akses media ke kawasan terpencil di utara Ethiopia sangat dihadkan oleh pihak berkuasa, dengan maklumat sering disalurkan dalam beberapa jam kemudian. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda