Thursday, November 28, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    19 pelajar kejururawatan sesak nafas akibat terhidu asap racun tikus

    NEW DELHI, 19 OGOS – Sekurang-kurangnya 19 pelajar kejururawatan mengalami sesak nafas selepas terhidu asap daripada racun tikus yang disembur di bangunan asrama mereka di Bengaluru, selatan India, menurut polis setempat, hari ini.

    Insiden tersebut berlaku di asrama Kolej Kejururawatan Adarsh. Menurut polis, para pelajar mengalami masalah pernafasan dan loya semalam setelah racun tikus disembur oleh pihak pengurusan asrama.

    Para pelajar yang terjejas telah dibawa ke hospital, dengan tiga daripada mereka berada dalam keadaan kritikal dan dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU).

    Seorang pegawai kanan polis memaklumkan bahawa keadaan pelajar-pelajar lain kini stabil.

    Polis telah mendaftarkan kes terhadap pengurusan asrama dan memerintahkan siasatan berhubung insiden berkenaan.

    Pegawai berkata, pihak pengurusan asrama telah mengupah seorang individu untuk menyembur racun tikus di premis berkenaan bagi menghapuskan tikus yang terdapat di dalam bangunan itu.

    Namun, asap racun tersebut dengan cepat merebak ke seluruh bangunan, menyebabkan pelajar-pelajar mengalami ketidakselesaan dan memerlukan rawatan segera di hospital. – Xinhua

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda