Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    21 mukim catat lebih 80 kes positif

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Antara 13 sehingga 19 Februari 2022, terdapat 21 buah mukim yang mempunyai lebih daripada 80 kes positif.

    Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini, mengenai gelombang ketiga COVID-19 yang sedang dialami di Negara Brunei Darussalam pada masa ini.

    “Mukim-mukim tersebut adalah Mukim Gadong A, Mukim Berakas B, Mukim Gadong B, Mukim Mentiri, Mukim Sengkurong, Mukim Berakas A, Mukim Kilanas, Mukim Serasa, Mukim Pengkalan Batu, Mukim Kota Batu, Mukim Lumapas, Mukim Sungai Kebun, Mukim Kianggeh, Mukim Kuala Belait, Mukim Seria, Mukim Liang, Mukim Telisai, Mukim Pekan Tutong, Mukim Keriam, Mukim Kiudang dan Mukim Lamunin,” jelas Yang Berhormat Dato.

    Manakala, terdapat tujuh mukim yang mempunyai lebih daripada 40 kes positif iaitu Mukim Burong Pingai Ayer, Mukim Tamoi, Mukim Bangar, Mukim Bokok, Mukim Batu Apoi, Mukim Amo dan Mukim Tanjong Maya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda