Monday, October 14, 2024
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    24 pasukan sertai kejohanan boling anjuran JPI

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OKT – Sebanyak 24 pasukan terdiri daripada 15 pasukan lelaki dan 9 pasukan perempuan telah bertanding dalam Kejohanan Ten Pin Bowling bersempena memperingati Pelaksanaan Pendidikan Ugama Formal Ke-68 Tahun.

    Kejohanan anjuran Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Agama (KHEU) berkenaan telah disertai para pegawai dan kakitangan jabatan dan berlangsung di Golden Bowling, Airport Mall, Berakas.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU, Haji Shamshol bin Haji Omar yang kemudiannya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

    Kejohanan berkenaan adalah salah satu inisiatif dan galakan kepada warga jabatan agar bergiat aktif dalam bidang sukan bagi memelihara kesihatan fizikal dan mental selain memupuk semangat kesukanan, silaturahim, setia kawan serta semangat ukhuwah dalam kalangan para peserta.

    Johan pasukan lelaki.
    Johan pasukan perempuan.

     Haji Shamshol menyampaikan piala kepada pemenang.

    Sesi bergambar ramai semua peserta kejohanan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JPI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda