Monday, September 30, 2024
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 maut serangan hotel di Afghanistan

    KABUL, 12 DIS – Tiga maut daripada 21 mangsa dibawa ke hospital hari ini susulan satu serangan ke atas sebuah hotel yang popular dalam kalangan ahli perniagaan China di Afghanistan, menurut pihak hospital.

    “Setakat ini kami menerima 21 mangsa – tiga daripadanya telah mati setiba di hospital,” ciap Emergency, sebuah NGO Itali yang mengoperasikan hospital di Kabul.

    Serangan ke atas hotel itu menyaksikan beberapa letupan dan tembakan kedengaran berhampiran, menurut saksi-saksi. Asap tebal juga kelihatan dari hotel bertingkat, Kabul Longan Hotel ketika pasukan keselamatan Taliban bergegas ke tempat kejadian dan menutup kawasan kejiranan itu.

    Seorang jurucakap polis memberitahu wartawan serangan dilakukan oleh ‘elemen jahat.’ Pasukan keselamatan juga dikerahkan ke kawasan itu dan usaha-usaha mematahkan serangan sedang dijalankan, tambahnya melalui kumpulan WhatsApp media.

    Koresponden AFP berhampiran tempat kejadian di Shahr-e-naw, sebuah kawasan komersial dan kediaman, mendengar beberapa letupan dan tembakan, dengan media Afghanistan melaporkan butiran sama.

    Video tular di media sosial pula menunjukkan orang ramai keluar melalui tingkat di tingkat bawah bangunan. Video lain menunjukkan kebakaran besar berlaku di bahagian satu lagi, dengan asap tebal menyelubunginya.

    Hotel itu dikatakan popular dalam kalangan ahli perniagaan China yang datang ke Afghanistan setelah Taliban kembali memerintah, dalam usaha mencari peluang perniagaan lumayan. – AFP

    Asap tebal kelihatan dari bangunan hotel yang diserang, dengan letupan dan tembakan kedengaran di Kabul, Afghanistan, 12 Disember. Tiga disahkan mati daripada 21 mangsa yang dibawa ke hospital, menurut pihak hospital. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda