Monday, January 20, 2025
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    350 pelajar baharu SMALHB mula pengajian Pra U1

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Seramai 350 pelajar baharu yang terdiri daripada 134 pelajar lelaki dan 216 pelajar perempuan telah memulakan sesi pengajian di peringkat Pra U1 di Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah bagi Sesi Akademik 2025/2026 hari ini.

    Daripada jumlah tersebut, seramai 167 pelajar baharu mengikuti jurusan Syariah, manakala 79 mengikuti jurusan Usuluddin, 13 dalam jurusan Lughah dan 91 lagi dalam jurusan Umum.

    Pelajar-pelajar berkenaan merupakan pelajar lepasan dari Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Ma’had Islam Brunei, dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang telah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) 2024 dan memenuhi syarat-syarat kelayakan.

    Majlis pendaftaran diisikan dengan sesi acara keugamaan bertempat di Surau At-Taqwa dan diikuti dengan ucapan alu-aluan dan tahniah daripada Pengetua Sekolah, Dayang Hajah Azizah binti Haji Mohammad kepada pelajar-pelajar baharu tersebut.

    Acara diteruskan dengan sesi suai kenal dan kemudiannya penyampaian taklimat di Dewan Al- Azkiyaa.

    Turut hadir dimajlis itu adalah Ketua Bahagian Sekolah Arab, Pengiran Mohamad Aminuddin bin Pengiran Haji Hussin.

    Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah merupakan satu-satunya institusi pra-universiti Arab sebelum pelajar-pelajar melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi iaitu ke peringkat universiti.

    Ucapan alu-aluan dari Pengetua SMALHB, Ustazah Hajah Azizah Haji Mohammad.
    Atas & Bawah: Antara guru-guru yang menyertai acara berkenaan.

    Atas & Bawah: Antara pelajar-pelajar lelaki dan perempuan baharu yang menyertai acara berkenaan.
    GAMBAR-GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda