Thursday, May 2, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    4 maut, 12 cedera dalam serangan roket di Myanmar

    YANGON, 15 APRIL – Seramai empat orang terbunuh dan 12 lagi cedera dalam serangan roket di Pyin Oo Lwin di wilayah Mandalay, tengah Myanmar pada malam semalam, lapor Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negeri Myanmar, kelmarin.

    Serangan itu berlaku di bandar Pyin Oo Lwin di wilayah Mandalay di mana penyerang melancarkan 11 roket menyasarkan bandar itu. Serangan mengenai beberapa tempat, termasuk wad ortopedik Hospital Besar Pyin Oo Lwin, sebuah biara dan sebuah hotel, kata pasukan maklumat itu.

    Disebabkan serangan yang melanda biara itu, tiga orang, termasuk dua sami Buddha telah terbunuh, dan seorang cedera. Selain itu, seorang penduduk tempatan dari sebuah wad di Pyin Oo Lwin turut terbunuh dalam serangan pada malam Ahad, katanya.

    Akibat serangan yang melanda Hospital Besar Pyin Oo Lwin, seramai 11 orang, termasuk kanak-kanak, pesakit dan kakitangan tercedera. Mereka kini menerima rawatan perubatan, kata laporan itu.

    Laporan itu menambah serangan ke atas sasaran bukan tentera, yang berlaku semasa pesta air tradisional Thingyan, adalah tindakan berniat jahat yang dilakukan oleh pengganas dengan tujuan menggugat keamanan dan kestabilan awam. – Xinhua

    Seorang anggota polis berkawal semasa perayaan air Tahun Baharu Myanmar, yang dikenali sebagai Thingyan, di Yangon pada 13 April. Serangan roket di bandar Pyin Oo Lwin membunuh empat orang dan 12 tercedera pada malam 14 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36

    GUANGZHOU, 2 MEI - Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan,...