Thursday, May 2, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pelaburan hijau di Asia Tenggara naik 20 peratus

    SINGAPURA, 15 APRIL – Pelaburan hijau di Asia Tenggara meningkat 20 peratus tahun ke tahun kepada AS$6.3 bilion pada 2023 berbanding AS$5.2 bilion pada 2022, dengan Malaysia sebagai negara yang mencatat kenaikan terbesar tahun ke tahun sebanyak 326 peratus, menurut Laporan Ekonomi Hijau Asia Tenggara 2024.

    Menurut laporan itu yang dikeluarkan hari ini oleh firma perunding global, Bain & Company, GenZero, Standard Chartered dan Temasek, tenaga; terutama boleh baharu, kekal sebagai teras pelaburan hijau terbesar di rantau ini pada tahun lepas.

    “(Bagaimanapun), peningkatan pelaburan bagi pusat data hijau yang dipacu oleh peraturan kecekapan tenaga di Malaysia dan Singapura serta pelaburan dalam pengurusan sisa ke arah perawatan air dan kitar semula plastik di rantau ini memacu pelaburan dolar terbesar,” menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan mengenai laporan itu.

    Laporan itu menjelaskan Asia Tenggara telah mencapai kemajuan yang ketara dalam pelaburan hijau, tetapi masih jauh untuk mencapai pelaburan kumulatif AS$1.5 trilion yang diperlukan untuk membiayai peralihan hijau di rantau ini, dengan hanya 1.5 peratus atau AS$45 bilion pelaburan dibuat sehingga 2023. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...