Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    6 agensi S’wak mulakan projek perintis sistem antirasuah

    KUCHING, 8 FEB – Enam agensi kerajaan Sarawak akan terlibat dalam projek perintis Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) MS ISO 37001:2016 bermula tahun ini, kata Setiausaha Kerajaan Negeri itu Datuk Amar Jaul Samion hari ini.

    Katanya Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Hutan, Jabatan Agama Islam, Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Regional Corridor Development Authority (RECODA) dipilih untuk projek pengurusan antirasuah itu.

    “Peraturan yang disediakan bukan sahaja untuk dipatuhi malahan dapat membendung ketidakwajaran seperti rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan serta ketirisan daripada berlaku,” katanya pada majlis pelancaran projek itu di sini.

    Menurutnya SPAR merupakan satu sistem kawalan dalaman sesebuah organisasi bagi mengesan, mencegah, mengendali, menguatkuasakan, menilai serta menambah baik pengurusan antirasuah secara lebih berkesan.

    Tambahnya tindakan-tindakan antirasuah yang diambil organisasi perintis ini akan menjadi penanda aras dan rujukan kepada kementerian, jabatan dan agensi lain untuk melaksanakan inisiatif yang sama untuk bertindak dengan lebih proaktif dalam membangunkan peraturan yang lebih berkualiti dan telus. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...