Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Warga Afrika terima hidayah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 FEB – Seorang lelaki berbangsa Afrika telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya yang baharu dan melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang berlangsung Bilik Al-Muhtadiin, Bangunan Darul Huda, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), hari ini.

    Babatunde Abiodun Fatai yang berusia 27 tahun telah memilih nama Islamnya sebagai Abdul Fatah.

    Hadir menyaksikan majlis penuh berkat itu selaku tetamu kehormat ialah Penolong Pengarah PDI, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum lafaz ikrar pengislaman Islam di hadapan pegawai dari Bahagian Pengembangan Dakwah (Pengislaman).

    Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada Abdul Fatah yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis dan diikuti dengan bacaan Doa Selamat.

    Menurut statistik PDI, jumlah orang yang didaftarkan memeluk agama Islam di Negara Brunei Darussalam sejak awal 2022 ialah seramai 54 orang. Bagi tahun 2021 pula, seramai 356 orang telah memeluk Islam, manakala pada 2020 seramai 436 orang.

    Abdul Fatah menerima cenderahati daripada tetamu kehormat majlis.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...