Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    8 terbunuh selepas kenderaan rempuh pejalan kaki

    BEIJING, 28 JULAI – Seramai lapan orang terbunuh dan lima lain cedera selepas sebuah kenderaan merempuh pejalan kaki di Changsha,di tengah China awal pagi kelmarin.

    Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak menyatakan sama ada perbuatan itu disengajakan atau tidak. Kejadian itu berlaku sejurus selepas tengah malam di Changsha, ibu kota wilayah Hunan, kata polis dalam satu kenyataan.

    “Sebuah kenderaan bermotor melanggar pejalan kaki,” menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa lapan orang telah terkorban dalam tragedi tersebut manakala lima lagi cedera, dengan sebahagian daripada mereka telah dimasukkan ke hospital.

    Seorang suspek berusia 55 tahun yang tinggal di kawasan itu telah ditahan dan siasatan sedang dijalankan, menurut kenyataan itu lagi. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda