Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    80 anak pohon kelapa ditanam

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    TUTONG, 3 DIS – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sengkarai dengan kerjasama belia-belia Kampung Sengkarai, Persatuan Melayu Sengkarai dan Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam (PAHMA), Kampung Sengkarai, pagi tadi, telah mengadakan aktiviti penanaman anak pohon kelapa menerusi acara Pantaiku Ceria di sepanjang Jalan Pengasing, Kampung Sengkarai.

    Acara diadakan dalam usaha meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar persisiran pantai daripada berlakunya ancaman kehakisan.

    Hadir selaku tetamu kehormat yang turut sama melakukan sesi penanaman pohon kelapa tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri yang dialu-alukan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan selaku Ketua Kampung Sengkarai.

    Kira-kira 80 anak pohon kelapa ditanam di sepanjang persisiran pantai di Jalan Pengasing tersebut yang diselajurkan dengan kempen kebersihan.

    Acara sedemikian bukan sahaja bertujuan untuk menyemai jiwa menjaga alam sekitar bahkan ia juga diharap dapat menyerlahkan lagi jiwa kekeluargaan dan persaudaraan serta persahabatan dalam sama-sama memanfaatkan masa lapang dengan pelbagai aktiviti sihat demi kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya.

    Awang Mohammad Sofian semasa menanam anak pohon kelapa pada acara tersebut. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Antara yang mengambil bahagian dalam kempen kebersihan di kawasan pantai di Jalan Pengasing, Kampung Sengkarai. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda