Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    9 sekeluarga dikurnia hidayah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Sebuah keluarga Puak Dusun seramai sembilan orang telah memeluk agama Islam pada majlis pengislaman yang diadakan di Dewan Persidangan, Pusat Dakwah Islamiah, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan isteri.

    Turut Hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Haji Hassan dan isteri.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin, sebelum lafaz Dua Kalimah Syahadah oleh saudara-saudara baharu di hadapan pegawai-pegawai dari Bahagian Pengembangan Dakwah, Pusat Dakwah Islamiah (PDI).

    Dengan pengislaman itu, Awang Makri bin Bilai, 46, kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Muhammad Makri bin Abdullah Bilai, dan isteri beliau, Dayang Rosni binti Bantah, 48, kini dikenali sebagai Rosni binti Abdul Rahman Bantah.

    Tujuh anak mereka, Abdul Wadi ‘Izzuddin bin Makri, 21, memilih nama Islamnya sebagai Abdul Wadi ‘Izzuddin bin Muhammad Makri; Abdul Hadi Muizzuddin, 19, sebagai Abdul Hadi Muizzuddin; Abdul Waf ee Khairuddin, 18, sebagai Abdul Wafee Khairuddin; Abdul Hakeem Rafiuddin, 12, sebagai Abdul Hakeem Rafiuddin; Nur Athifah Nazhirah, 22, sebagai Nur Athifah Nazhirah; Nur Afiqah Zhahirah, 20, sebagai Nur Afiqah Zhahirah dan Nur Amira Syahirah, 10, kini dikenali sebagai Nur Amira Syahirah.

    Majlis turut diserikan dengan laungan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai yang diselajurkan dengan penyampaian cenderamata dan penyerahan replika penanda arah kiblat kepada mualaf yang diraikan yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.

    Sejak Januari hingga Februari 2023, seramai 70 orang yang telah memeluk agama Islam di Negara Brunei Darussalam yang mana daripada jumlah tersebut, 30 orang daripadanya adalah daripada Puak Dusun.

    Sembilan ahli keluarga tersebut ketika majlis pengislaman mereka di Dewan Persidangan, Pusat Dakwah Islamiah.
    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa menyampaikan cenderamata kepada saudara baharu yang diraikan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...