Thursday, May 2, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    90 peratus pesakit ICU tidak ambil suntikan booster

    LONDON, 29 DIS – Kira-kira 90 peratus pesakit koronavirus di unit rawatan rapi tidak mendapatkan suntikan penggalak, kata Perdana Menteri Britain, Boris Johnson hari ini, mempertahankan keputusannya untuk tidak mengetatkan sekatan virus di England.

    Semasa bercakap di pusat vaksinasi, Johnson menggesa orang ramai untuk mendapatkan suntikan penggalak yang ‘penting’, dengan mengatakan ‘majoriti besar’ mereka yang sedang menjalani rawatan rapi di hospital tidak mendapatkan suntikan penggalak.

    “Saya telah bercakap dengan doktor yang mengatakan bahawa jumlah semakin meningkat kepada 90 peratus orang yang dirawat dalam rawatan rapi adalah yang tidak menerima suntikan penggalak,” kata perdana menteri di Milton Keynes, tengah England.

    Kepada sesiapa yang belum divaksin, “lapan kali ganda akan masuk hospital,” beliau memberi amaran United Kingdom (UK) telah pun dicengkam lonjakan besar varian Omicron, dengan England dan Wales telah melaporkan jumlah rekod kes kelmarin. UK adalah antara negara Eropah yang teruk terjejas dengan jumlah kematian melebihi 148,021.

    Setakat ini, lebih dari 32.5 juta orang telah menerima suntikan penggalak di UK, kata Johnson.

    Dia menggesa 2.4 juta penduduk yang telah menerima dua suntikan lebih dari enam bulan lalu tetapi belum menerima suntikan penggalak untuk tampil.

    Ramai penduduk mengambil penggalak di England “membolehkan kami meneruskan Tahun Baharu dengan cara yang berhati-hati,” katanya. – AFP

    Perdana Menteri Britain, Boris Johnson semasa melawat pusat vaksinasi di Rainbow Pharmacy, Kampus Open University, Walton Hall, di Milton Keynes. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36

    GUANGZHOU, 2 MEI - Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan,...