Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kilang iPhone India ‘dipantau’ selepas ratusan keracunan makanan

    MUMBAI, 29 DIS – Apple berkata hari ini ia meletakkan kilang pembekal utama telefonnya di India ‘dalam pemantauan’ selepas insiden keracunan makanan dan protes berhubung keadaan tempat tinggal pekerja.

    Kira-kira 250 wanita bekerja di kilang iPhone Foxconn di negeri Tamil Nadu selatan India dirawat atas keracunan makanan bulan ini, 159 daripadanya telah dimasukkan ke hospital.

    Ini menyebabkan tunjuk perasaan ke atas keadaan tempat tinggal di hostel-hostel syarikat itu yang menyebabkan kilang di Sriperumbudur dekat Chennai ditutup sejak 18 Disember.

    Apple berkata ia telah menempatkan kilang itu ‘dalam pemantauan’ dan bekerjasama dengan pembekal untuk mengimplementasikan ‘tindakan pembetulan komprehensif’.

    Kilang itu menggaji sekitar 17,000 orang. Ia menghasilkan iPhone buat pasaran India dan untuk dieksport, serta gajet lain.

    Foxconn berkata ia ‘meminta maaf berhubung insiden melibatkan kakitangannya dan akan mengambil langkah segera memperbaiki kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di penginapan asrama berkenaan’. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...