Adik perempuan penyanyi dan komposer Indonesia, Melly Goeslaw iaitu Shanty Yuliet Goeslaw meninggal dunia pada malam Isnin.
Berita sedih itu dikongsi sendiri oleh Melly atau Melliana Cessy Goeslaw, 50, menerusi hantaran di Instagram miliknya.
“Selamat jalan adikku Shanty Yuliet Goeslaw (Uli Goeslaw) bahagialah di sana.
“Nona manis nona ambon, tidak perlu lagi susah-susah fikir semua masalah di dunia ini ya sayang. Insya-Allah kita bertemu lagi,” tulisnya, memetik laporan mStar.
Melly turut berkongsi foto memperlihatkan dia bersama suami, Anto Hoed sedang menangis ketika menatap wajah mendiang buat kali terakhir.
Untuk rekod, Melly merupakan anak kepada penyanyi Melky Goeslaw dan Ersi Sukaesih yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 2006. – Agensi