Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    Akta cip AS bakal ganggu rantaian bekalan global

    BEIJING, 11 OGOS – Akta Cip dan Sains baharu yang diterima pakai oleh Amerika Syarikat untuk menyokong pengeluar semikonduktor tempatan akan mengganggu rantaian bekalan global dan menghalang perdagangan antarabangsa, satu yang ditentang China, kata jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin pada Rabu, lapor Sputnik.

    Presiden AS Joe Biden pada Selasa menandatangani undang-undang Akta AS$52.7 bilion untuk menyokong pengeluar semikonduktor AS dan mengukuhkan kedudukan mereka dalam persaingannya dengan China.

    “AS menyatakan bahawa akta itu bertujuan meningkatkan daya saing teknologi AS dan pengeluaran semikonduktor; namun, akta ini memberikan subsidi yang besar kepada perusahaan AS yang mengeluarkan cip dan memperkenalkan dasar sokongan industri yang berbeza, beberapa peruntukannya, antara lain, menyekat pelaburan biasa dan aktiviti perdagangan dan ekonomi perusahaan China yang berkaitan, serta kerjasama saintifik dan teknikal biasa antara China dan AS,” kata diplomat itu dalam satu taklimat. – Bernama

    Presiden Joe Biden menunjukkan Akta CHIPS dan Sains semasa satu acara di South Lawn Rumah Putih di Washington, DC pada 9 Ogos 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah India

    NEW DELHI, 1 MEI - Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi tadi dengan ibu bapa bergegas membawa...