Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    COVID: 32.8 peratus kes baharu Sarawak disebabkan BA.5

    KUCHING, 11 OGOS – Subvarian BA.5 COVID-19 dikesan menyumbang 32.8 peratus atau satu pertiga daripada kes positif COVID-19 Sarawak sejak Jun dan seterusnya, menurut Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

    Pengarah IHCM UNIMAS Prof Dr David Perera mendedahkan perkara itu dalam laporannya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sini hari ini.

    Dr Perera berkata dari 3 April hingga 13 Julai tahun ini, sebanyak 165 sampel diperoleh di seluruh negeri itu telah berjaya dijujukan dan kesemuanya dikesan sebagai Varian Omicron Membimbangkan B.1.1.529 (VOC).

    Beliau berkata daripada sampel itu, sejumlah 121 dikesan sebagai beberapa sub-keturunan kecil BA.2, satu kes dan pertama kali melaporkan pengesanan BA.4 dan 43 sampel BA.5.

    “Walaupun BA.2 VOC terus menjadi subvarian yang dikesan utama dalam tempoh pengawasan ini, peningkatan pantas dalam pengesanan BA.5 VOC turut dipantau,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...