Thursday, October 10, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Akuarium gergasi pecah di Berlin

    BERLIN, 16 DIS – Sebuah akuarium gergasi di pusat bandar Berlin pecah berkecai hari ini, melimpahkan 1 juta liter air ke jalan raya, kata polis Jerman.

    Kaca dan serpihan lain dihanyutkan keluar dari bangunan, yang juga menempatkan sebuah hotel Radisson Blu dan kafe, ketika air daripada akuarium AquaDom setinggi 25 meter itu melimpah keluar dalam kejadian sebelum pukul 6 pagi.

    Perkhidmatan bomba Berlin berkata dua orang cedera dan anjing menyelamat telah dihantar untuk mencari sesiapa yang mungkin terperangkap di bawah serpihan dalam bangunan itu.

    Timbulnya spekulasi suhu takat beku negatif 10 darjah Celsius semalaman telah menyebabkan keretakan dalam tangki, yang seterusnya meletup di bawah bebanan air. Polis berkata punca kejadian masih dalam siasatan tetapi tidak adanya bukti yang menunjukkan ia berpunca daripada serangan.

    Saksi Gwendolin Szyszkowitz memberitahu saluran berita Jerman n-tv bahawa dia terdengar bunyi dentuman yang kuat dan pada mulanya sangka sebutir bom telah meletup.

    Operator berkata akuarium itu mempunyai tangki silinder terbesar di dunia dan mengandungi 1,500 ikan tropika daripada 80 spesies berlainan sebelum insiden.

    Akuarium itu merupakan tarikan pelancong utama di Berlin. Salah satu tarikan adalah perjalanan menerusi tangki dengan menaiki lif selama 10 minit. – AP

    Serpihan kaca kelihatan bertaburan di atas jalan selepas tangki ikan besar di Akuarium Seal Life pecah di tengah Berlin, Jerman, kelmarin. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda