Wednesday, October 30, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alcaraz mara ke separuh akhir

    MADRID, 4 MEI – Juara bertahan Carlos Alcaraz kelmarin berjaya melangkah ke separuh akhir Terbuka Madrid dengan kemenangan straight set ke atas Karen Khachanov dalam perlawanan terakhirnya sebagai seorang remaja, manakala Iga Swiatek mara ke suku akhir wanita.

    Pemenang Terbuka Amerika Syarikat (AS) Alcaraz, yang berusia 20 tahun pada Jumaat ketika perlawanan separuh akhir dimainkan, membalikkan defisit 4-1 dan 5-2 pada set kedua untuk menewaskan Khachanov, yang menduduki ranking ke-12, dengan mata 6-4, 7-5.

    “Memenangi perlawanan ini akan memberikan saya banyak keyakinan, Karen berada pada tahap yang hebat dan memcabar batasan saya,” kata pemain nombor dua dunia Alcaraz yang melepaskan 31 pukulan kemenangan.

    Pilihan utama itu menang dalam masa satu jam 52 minit dan seterusnya akan menentang Borna Coric dari Croatia yang menewaskan pemain Jerman, Daniel Altmaier, 6-3, 6-3.

    “Ia agak sukar. Set pertama juga, ia agak rapat,” tambah Alcaraz yang kini mempunyai 17 kemenangan dan satu kekalahan di atas tanah liat tahun ini.

    “Saya menghadapi kesulitan dalam set kedua, tertinggal satu break dan dia mempunyai dua peluang untuk mendapatkan break kedua. Jadi ia sangat sukar bagi saya untuk kembali dan dia mempunyai peluang untuk memenangi set kedua.

    “Nasib baik saya tahu saya akan mempunyai peluang saya. Saya hanya cuba untuk merebut peluang saya dan sangat gembira melangkah ke hadapan.”

    Jika Alcaraz menjulang trofi pada Ahad ini di ibu negara Sepanyol, dia akan menyingkirkan Novak Djokovic dari kedudukan teratas dalam ranking pertama hanya dengan bermain dalam satu perlawanan di Terbuka Itali di Rom minggu depan. – AFP

    Aksi Carlos Alcaraz semasa perlawanan di kejohanan tenis Terbuka Madrid di Madrid, Sepanyol, 3 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda