Monday, September 9, 2024
33.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ali Puteh jual kereta untuk bayar hutang

    Isteri kepada pelawak Malaysia, Ali Puteh tidak dapat menahan sebak apabila melihat kereta jenis Honda Accord milik mereka terpaksa dijual bagi melangsaikan hutang.

    Dalam video dimuat naik oleh rakan kepada pelawak tersebut, lelaki dikenali sebagai Pojie Pidon berkongsi momen Ali menenangkan isterinya iaitu Melati Fitri yang menangis selepas kereta milik mereka itu diserahkan kepada pembeli.

    “Honda Accord sold! Terima kasih hamba Allah ini dari Johor Bahru, sangat mudah berurusan.

    “Moga ada rezeki lain untuk Ali dan isteri,” katanya.

    Dalam pada itu, Pojie turut memberitahu kesemua trofi kemenangan Ali menerusi program lawak juga sudah berjaya dijual.

    Ali berusaha gigih menjual barangan peribadi untuk melangsaikan hutang. – mStar

    Kata Pojie lagi, Ali terlalu sayang untuk melepaskan hadiah yang diperolehi, namun dia percaya ada rezeki lain yang akan diterima oleh sahabatnya itu.

    “Sayang memang sayang, terjual semua piala kenangan (program lawak). InsyaAllah ada rezeki lain,” ujarnya.

    Difahamkan, tindakan Ali menjual barangan peribadi miliknya adalah untuk mendapatkan wang bagi melunaskan hutang kepada kakak iparnya iaitu Nurhidayah Hamzah.

    Selain trofi dan kereta, Ali turut menjual motosikal jenis RXZ berwarna merah.

    Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Ali tidak berjaya apabila panggilan dibuat tidak dijawab.

    Sebelum ini menerusi temu bual bersama mStar, Ali berkata dia sedang berusaha untuk melangsaikan hutang dengan menjual motosikal dan mengumpul wang hasil jualan sambal. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda