Monday, September 30, 2024
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Andrew Andika ditahan polis akibat dadah

    Pelakon asal Indonesia iaitu Andrew Andika ditahan pihak polis pada Khamis lalu atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

    Penahanan Andrew disahkan oleh wakil Balai Polis Jakarta Barat yang memaklumkan pelakon tersebut kini dalam tahanan untuk siasatan.

    Memetik laporan mStar, lebih menyedihkan lagi penangkapan Andrew itu berlaku beberapa bulan selepas isterinya iaitu pelakon Tengku Dewi memfailkan permohonan cerai.

    Dewi memfailkan cerai terhadap Andrew pada Mei lalu namun kes perceraian mereka ditangguhkan susulan pelakon berkenaan sedang hamil anak kedua mereka.

    Ketika bertemu media pada 24 September lalu, Dewi mengesahkan akan meneruskan proses penceraian sekali gus menafikan dia dan Andrew sudah berbaik.

    Bagaimanapun, dia tidak akan sesekali memisahkan Andrew dengan anak-anak mereka malah terbuka jika aktor itu mahu bertemu.

    “Sebelum ini bukan tarik balik tetapi ditangguhkan dahulu memandangkan saya sedang hamil. Dia bapa kepada anak-anaknya. Saya tidak mahu halang tanggungjawab dia terhadap anak-anak.

    “Walaupun kami tidak baik sebagai pasangan, namun memberi komitmen baik untuk anak-anak,” jelasnya. – Agensi

    Dewi (kanan) nekad untuk berpisah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda