Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Angka korban Itaewon meningkat 158 orang

    SEOUL, 14 NOV – Seorang lagi mangsa rempuhan Itaewon, Seoul disahkan meninggal dunia sekali gus menjadikan jumlah korban terkini mencecah 158, lapor agensi berita Yonhap.

    Ibu Pejabat Pencegahan Bencana dan Keselamatan Pusat hari ini memaklumkan bahawa mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia 20an.

    Setakat ini, seramai 132 warga Korea Selatan dan 26 warga asing terbunuh akibat kejadian rempuhan ketika sambutan perayaan Halloween di daerah Itaewon pada 29 Oktober.

    Prosedur pengebumian untuk 130 warga tempatan telah selesai manakala 24 mayat warga asing telah dihantar ke negara asal masing-masing.

    Seramai 196 orang cedera, 10 masih dirawat di hospital. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...