Saturday, October 5, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angkasawan China jalani eksperimen sains angkasa

    BEIJING, 17 JUN – Anggota kru Shenzhou-18 di stesen angkasa lepas China baru-baru ini telah menjalani beberapa eksperimen dan ujian sains angkasa, menurut Agensi Angkasa Lepas China (CMSA).

    Berdasarkan rakaman video yang dikeluarkan oleh CMSA, tiga angkasawan China iaitu Ye Guangfu, Li Cong dan Li Guangsu dilihat sedang menguji kekuatan manual dalam modul teras Tianhe, termasuk ujian kekuatan tolakan dan tarikan dua lengan dan satu lengan serta ujian kekuatan putaran dua lengan.

    Dengan mengumpul data dari pelbagai kategori kekuatan manual dalam tahap penerbangan angkasa yang berbeza, ujian tersebut akan membandingkan dan menganalisis perbezaan kekuatan operasi angkasawan di angkasa dan di bumi dalam usaha untuk lebih memahami perubahan kekuatan dalam persekitaran mikrograviti.

    Dalam bidang perubatan angkasa, anggota kru menjalani ujian mengenai kebolehsesuaian otot. Menggunakan peralatan seperti basikal, treadmill dan peranti senaman rintangan, mereka menyelesaikan ujian kekejangan tendon Achilles, kinematik bahagian bawah tubuh, tekanan tapak kaki dan sebagainya, di mana ia akan membantu mewujudkan model ramalan untuk keberkesanan perlindungan senaman terhadap atrofi otot dalam keadaan tanpa graviti.

    Semasa berada di orbit, ketiga-tiga mereka akan menjalankan lebih 90 eksperimen dan ujian dalam bidang sains bahan angkasa, sains kehidupan angkasa dan teknologi angkasa.

    China sebelum ini telah melancarkan kapal angkasa Shenzhou-18 pada 25 April, menghantar tiga angkasawan ke stesen angkasa Tiangong untuk misi enam bulan. – Xinhua

    Imej yang dirakam di Pusat Kawalan Aeroangkasa Beijing menunjukkan anggota kru Shenzhou-17 dan Shenzhou-18 bergambar ramai di dalam stesen angkasa China. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda