Tuesday, December 5, 2023
23.1 C
Brunei

    -

    Arab Saudi, AS jalin hubungan kerjasama

    ISTANBUL, 7 JUN – Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken berbincang mengenai kerjasama antara kedua-dua negara dalam isu serantau dan antarabangsa, lapor agensi Anadolu.

    Pertemuan itu berlangsung di Istana Al-Salam di Jeddah hari ini, yang antara lain membincangkan mengenai hubungan dua hala dan aspek kerjasama dalam pelbagai bidang dan cara untuk meningkatkannya, memetik laporan agensi Berita Arab Saudi, SPA hari ini.

    Kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan mengenai perkembangan terkini serantau dan antarabangsa.

    Blinken yang tiba di Arab Saudi semalam untuk mengadakan lawatan tiga hari turut dijadual menghadiri mesyuarat peringkat menteri dengan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada Rabu.

    Mesyuarat itu akan membincangkan berkaitan kerjasama dengan rakan kongsi GCC untuk mempromosi keselamatan, kestabilan, integrasi serantau dan peluang ekonomi di seluruh Asia Barat.

    Blinken bersama-sama Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan akan menjadi tuan rumah mesyuarat peringkat menteri esok di Riyadh yang bakal menumpukan kepada gabungan antarabangsa untuk memerangi Daesh/ISIS. – Bernama

    Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman (kanan) bertemu dengan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken di Jeddah pada 7 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    India setuju tarik balik tentera dari Maldives

    NEW DELHI, 4 DIS – India telah bersetuju untuk menarik balik tenteranya dari Maldives, kata presiden kepulauan strategik itu, memenuhi janji yang dibuatnya menjelang...