Monday, April 29, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Kebakaran ancam keselamatan bandar utara Quebec

    MONTREAL, 7 JUN – Bandar terbesar di utara Quebec telah memindahkan penduduknya semalam ketika anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran yang tidak dapat dikawal di komuniti terpencil di utara dan barat laut wilayah itu.

    Menurut agensi pencegahan kebakaran hutan wilayah itu, lebih daripada 150 kebakaran hutan melanda wilayah itu semalam, termasuk lebih 110 kebakaran yang dianggap di luar kawalan.

    Kebakaran besar hutan Kanada itu menyelubungi timur laut AS dan bahagian Timur Kanada dalam jerebu, menjadikan kualiti udara tidak sihat, langit menjadi warna kelabu kekuningan, dan mencetuskan amaran kepada penduduk yang terdedah untuk berada di dalam rumah.

    Kesan ratusan kebakaran hutan yang terbakar di Quebec boleh dirasakan sejauh New York City dan New England, menyebabkan pemandangan bandar diliputi kabut dan menyebabkan kerengsaan pada saluran pernafasan.

    Pada petang kelmarin, pihak berkuasa telah mengeluarkan perintah pemindahan untuk bandar Chibougamau, Quebec, yang merupakan bandar terbesar di wilayah terpencil wilayah itu dengan penduduk kira-kira 7,500 orang. Pihak berkuasa berkata, proses pemindahan sedang berjalan dan akan memberikan butiran lanjut hari ini.

    “Kami mengikuti semua ini dari jam ke jam, jelas sekali,” kata Perdana Menteri Francois Legault kepada pemberita di Sept-Iles, Quebec. “Jika kita melihat keadaan di Quebec secara keseluruhan, masih ada beberapa tempat yang menjadi perhatian,” ujarnya.

    Legault berkata, wilayah Abitibi-Temiscamingue di barat laut Quebec adalah kawasan yang menjadi perhatian khusus, dengan komuniti Normetal dan Lebel-sur-Quevillon terancam. – AP

    Salah seorang anggota bomba memadamkan kebakaran di kawasan belakang rumah di Kamloops, British Columbia, pada 5 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...