Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    Arsenal bangkit raih empat tempat teratas

    LONDON, 25 FEB – Mikel Arteta mencabar Arsenal untuk mengesahkan tempat dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mereka menjaringkan dua gol pada minit akhir untuk meraih kemenangan dramatik 2-1 menentang Wolves.

    Pasukan Arteta ketinggalan kepada gol awal Hwang Hee-chan di Stadium Emirates dalam pertembungan penting kelmarin antara empat pencabar teratas.

    Namun Nicolas Pepe bangkit dari bangku simpanan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-82 sebelum penjaga gol Wolves, Jose Sa menepis rembatan Alexandre Lacazette ke gawangnya sendiri pada saat-saat akhir.

    Kemenangan liga ketiga berturut-turut Arsenal melonjakkan mereka ke tangga kelima dan mereka hanya ketinggalan satu mata di belakang Manchester United di tempat keempat dengan dua perlawanan dalam tangan dalam perlumbaan untuk layak ke Liga Juara-Juara.

    Jumlah 14 kemenangan liga oleh Arsenal dari September lalu hanya dipertingkatkan oleh Manchester City dan Liverpool.

    Ia adalah kebangkitan yang luar biasa selepas mereka membuat permulaan terburuk untuk satu musim dalam 67 tahun dengan tiga kekalahan berturut-turut.

    “Apabila awda memenangi perlawanan selepas kalah 1-0 menentang Wolves, ia benar-benar sukar tetapi kami berjaya melakukannya. Kemenangan yang sangat penting untuk ini,” kata Arteta.

    “Selepas tiga kekalahan dalam tiga perlawanan pertama kami terpaksa mengelak penyingkiran. Awda hanya perlu konsisten dengan visi awda dan cara awda membuat persediaan dan percaya keputusan akan datang.

    “Pada akhir Mei, kami mahu berjuang untuk tempat-tempat itu.” – AFP

    Reaksi Alexandre Lacazette meraikan gol dalam perlawanan antara Arsenal dan Wolves kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah India

    NEW DELHI, 1 MEI - Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi tadi dengan ibu bapa bergegas membawa...