Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Yoon Chan Young kini dikenali ramai

    Pelakon drama bersiri All of Us Are Dead, Yoon Chan Young terkejut apabila melihat jumlah pengikut laman Instagram miliknya bertambah dengan drastik selepas membintangi drama berkenaan.

    Menurut laporan Soompi, Chan Young berkata dia tidak menyangka meraih populariti mendadak sehingga terkenal di seluruh dunia.

    “Saya masih tak percaya menjadi terkenal.

    “Ramai orang mula mengenali saya dan berkata bahawa ini Cheong San (karakter dalam drama berkenaan).

    “Mereka kemudiannya datang kepada saya untuk mengambil gambar. Saya pun masih bingung dan rasa sangat berbeza,” katanya dalam temu bual bersama majalah Dazed Korea, baru-bari ini.

    All of Us Are Dead menjadi fenomena selepas ditayangkan di platform penstriman Netflix dan menjadi trending di seluruh dunia sejak bulan lalu.

    Sementara itu, untuk rekod, Yoon Chan Young memiliki lebih empat juta pengikut di laman Instagram. – Agensi

    Yoon Chan Young masih tak percaya semakin dikenali. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...