Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    Barisan muda hasrat pertahan gelaran beregu lelaki

    KUALA LUMPUR, 19 APRIL – Gandingan muda Malaysia, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun bertekad untuk memastikan gelaran beregu lelaki Sukan SEA kekal menjadi milik Malaysia pada edisi Hanoi, Vietnam yang akan berlangsung bermula 12 hingga 23 Mei ini.

    Selepas penantian selama 16 tahun, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya menamatkan kemarau gelaran beregu lelaki di Sukan SEA Filipina 2019, selepas kali terakhir dimenangi Choong Tan Fook dan Lee Wan Wah pada edisi 2003 di Vietnam.

    Namun, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu tidak akan mempertahankan pingat emas berkenaan kerana akan menyertai Piala Thomas di Bangkok, Thailand dari 8 hingga 15 Mei.

    Susulan itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil keputusan mempertaruhkan barisan pemain muda pada Sukan SEA, pasangan nombor 44 dunia Wei Chong dan Kai Wun yang berusia 22 tahun sekali gus optimis mencipta kejayaan buat skuad Malaysia.

    Kai Wun yang sangat teruja untuk penampilan pertama di temasya dwitahunan itu, berkata segala persiapan termasuk teknik dalam gelanggang dan latihan fizikal berjalan dengan lancar.

     Kai Wun turut menamakan beregu lelaki nombor 21 dunia Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Erich dan Leo Rolly Carnando dan Daniel Marthin (24), kedua-duanya dari Indonesia sebagai halangan utama bagi meraih emas beregu lelaki pada temasya sukan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...