DORTMUND, 1 DIS – Tandukan Jamal Musiala pada minit ke-85 menyelamatkan pendahulu Bundesliga, Bayern Munich, dengan gol penyamaan dalam perlawanan yang berlangsung di laman sendiri menentang Borussia Dortmund, kelmarin.
Kapten England, Harry Kane, terpaksa keluar padang selepas mengalami kecederaan paha kiri pada minit ke 33 minit, sejurus selepas rakan senegaranya, Jamie Gittens membuka jaringan untuk Dortmund.
Bagaimanapun, jurulatih Bayern, Vincent Kompany berkata dia optimis bahawa kecederaan Kane tidak terlalu serius untuk perlawanan pusingan 16 terakhir Piala Jerman menentang penyandang juara Leverkusen, Selasa ini.
“Ia tidak terlalu teruk. Harap-harap begitu,” kata Kompany di mana pemain berusia 31 tahun itu dijangka menjalani imbasan X.
Bayern masih kekal di tangga teratas Bundesliga hasil kelebihan tujuh mata, tetapi Eintracht Frankfurt boleh mengurangkan jurang kepada empat mata jika mereka memenangi perlawanan menentang Heidenhei, esok.
Dortmund kembali mengatasi Freiburg, yang menewaskan Borussia Moenchengladbach 3-1 kelmarin, di tempat kelima tetapi kekal 10 mata di belakang pendahulu liga.
Perlawanan Klassiker itu adalah pertemuan antara pasukan yang mempunyai rekod terbaik di tempat sendiri dan tempat lawan dalam Bundesliga, dan sentiasa menjadi perlawanan yang menghiburkan. – AFP