Thursday, December 5, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berjemur mampu hilang kesan jerawat?

    Mendedahkan kulit di bawah sinaran matahari secara berlebihan menjadi trend kecantikan yang tidak masuk akal, meskipun banyak maklumat mengatakan ia boleh mendatangkan kemudaratan.

    Terbaharu, muncul trend menggunakan sinaran UV yang dikatakan boleh menghilangkan kesan jerawat dan masalah kulit lainnya.

    Mendapat selaran matahari (sunburn) telah menjadi salah satu trend kecantikan musim ini di mana ia mendapat sambutan yang paling hangat kerana sesetengah pempengaruh mencari kulit yang sempurna. Memiliki kulit sawo matang yang cerah dan selamat, sesetengah penggemar yang taksub dengan trend seumpama itu sanggup berjemur di bawah terik matahari selama berjam-jam sebagai usaha untuk mendapatkan kulit yang licin dan bebas cela.

    Banyak video pempengaruh yang menunjukkan sesi tanning intensif di bawah terik matahari untuk menghilangkan kesan jerawat menjadi tular di TikTok.

    Sebagai contoh, salah satu video mendapat hampir dua juta tontonan, di mana pempengaruh menunjukkan wajahnya terdedah kepada sinaran UV dengan harapan untuk menghilangkan masalah yang terdapat pada kulit.

    Pengguna TikTok telah mencuba trend berjemur di bawah matahari untuk menghilangkan kesan jerawat.– ANN/TheStar
    Gambar ANN/TheStar

    Tetapi adakah matahari mempunyai kuasa untuk menjadikan kulit lebih lincin?

    Menurut laporan baru-baru ini oleh pakar dermatologi di Eucerin, sinaran UV memang mempunyai imunosupresif yang memberi ‘kesan antiradang’.

    Pakar dermatologi yang berpangkalan di New York, Jennifer Chwalek, dalam artikel Teen Vogue menjelaskan bahawa cahaya matahari mempunyai jarak gelombang yang berbeza dan beberapa jarak gelombang boleh memberikan kesan anti keradangan pada kulit dan menyekat bakteria penyebab jerawat.

    Tambahnya, menurut saluran media, bukti baharu menunjukkan vitamin D, yang diperoleh melalui pendedahan matahari serta makanan tertentu, mungkin memainkan peranan dalam pengeluaran sebum (minyak) dan kesihatan pori-pori.

    LINDUNGI KULIT AWDA TERLEBIH DAHULU

    Fakta tersebut mungkin menjelaskan mengapa matahari boleh memperbaiki penampilan kulit buat sementara waktu. Namun demikian, ia tidak bermakna awda harus mengikuti trend tersebut.

    Malah, Jennifer Chwalek menekankan orang yang mendapat selaran matahari berkemungkinan besar boleh mendapat kanser kulit dan kerosakan pada kulit.

    Pakar dermatologi di NYU Langone, Jennifer A Stein, menegaskan dalam artikel New York Post, dianggarkan satu daripada lima daripada kita akan mendapat kanser kulit sepanjang hayat.

    Dia menyarankan cara terbaik untuk melindungi diri daripada sinaran UV adalah dengan menutup bahagaian yang terdedah kepada matahari. Lebih banyak kulit awda dilindungi, semakin kurang kebergantungan awda pada produk pelindung matahari.

    Baru-baru ini, solekan strok haba yang meniru selaran matahari dengan pemerah pipi telah menawan hati peminat solek,

    di mana tahun lepas, pengkonturan SPF iaitu teknik yang melibatkan penggunaan pelindung matahari telah mendapat sambutan tahun lepas.

    Perlu diingat, walaupun sesetengah trend mungkin kelihatan menarik atau berkesan dalam jangka pendek, akan tetapi ia boleh membawa kesan kesihatan yang serius.

    Daripada mendapat risiko kerosakan kulit yang kekal, awda disarankan untuk berunding dengan pakar dermatologi bagi penyelesaian yang selamat untuk masalah kulit awda. – ANN/TheStar

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda