Tuesday, October 8, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap ketua perwakilan asing wanita

    Oleh Azlan Othman –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha pagi tadi berkenan menerima mengadap ketua-ketua perwakilan asing wanita dan isteri ketua-ketua perwakilan asing ke Negara Brunei Darussalam, di Istana Nurul Iman.

    Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah.

    Semasa majlis mengadap tersebut, para perwakilan dan isteri-isteri diplomatik menyembahkan ucapan selamat menyambut Hari Puja Usia kehadapan majlis Baginda Raja Isteri.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan bergambar ramai dengan ketua perwakilan asing wanita serta isteri ketua-ketua perwakilan asing ke Negara Brunei Darussalam. Turut berkenan bergambar ramai ialah YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah semasa berkenan berangkat ke majlis mengadap tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda