Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bucks ambil khidmat penyerang berpengalaman

    MILWAUKEE, 22 FEB – Milwaukee Bucks telah menandatangani penyerang veteran, Danilo Gallinari.

    Gallinari, 35, mempunyai purata 7.3 mata, 2.8 rebound, 1.3 assist dan 14.8 minit dalam 32 gabungan perlawanan dengan Washington Wizards dan Detroit Pistons musim ini.

    Penyerang dari Itali dengan ketinggian 6 kaki 10 inci itu bermain 26 perlawanan untuk Wizards sebelum berpindah ke Pistons bulan lepas. Dia menjadi ejen bebas selepas Pistons meminta pelepasan ke atasnya dua minggu lalu. Gallinari, pemain pilihan keenam dalam draf 2008, telah beraksi dalam 760 perlawanan musim biasa dengan New York Knicks, Denver Nuggets, Los Angeles Clippers, Oklahoma City Thunder, Atlanta Hawks, Wizards dan Pistons. Dia mempunyai purata kerjaya 15.2 mata, 4.7 rebound dan 1.9 assist.

    Dia juga mempunyai pengalaman 48 permainan pasca musim. – AP

    Gallinari mempunyai purata 7.3 mata, 2.8 rebound, 1.3 assist dan 14.8 minit dalam 32 gabungan perlawanan dengan Washington Wizards dan Detroit Pistons musim ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda