Thursday, May 2, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Bunga Isme jawab spekulasi sudah berkahwin

    Status hubungan penyanyi rap Bunga Isme menjadi tanda tanya peminat apabila beliau dilihat mengenakan pakaian sedondon dan beraya bersama vokalis kumpulan Razqa iaitu Amzar Sabri meraikan 1 Syawal lalu.

    Memetik laporan mStar, foto mesra dikongsi Amzar di akaun Instagram itu turut mengundang pertanyaan ramai sehingga ada yang membuat andaian mereka kini sudah sah bergelar suami isteri.

    Menjawab mengenai persoalan itu, Bunga atau Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 24, berkata beliau akan berkongsi mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat.

    “Maaf tak boleh nak komen, saya akan umumkan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Sebelum ini, spekulasi mula timbul apabila Amzar yang juga penyanyi duo kumpulan Viral berkongsi foto menyambut lebaran bersama Bunga pada Rabu lalu.

    Menerusi ruangan kapsyen, Amzar atau Ahmad Amzar Ahmad Sabri, 28, seakan-akan memberi bayangan beliau dan kekasihnya itu telah pun berkahwin.

    “Selamat hari raya kepada semua dari kami berdua.

    “Alhamdulillah kerana doa keluarga dan sahabat kami bersatu akhirnya,” kongsinya.

    Malah menjawab di ruangan komen, Amzar turut mengucapkan terima kasih atas ucapan daripada pengikutnya.

    Dalam satu temu bual bersama mStar, Bunga memberitahu keluarga Amzar sudah datang merisik pada Februari tahun lalu.

    Malah, mereka memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. – Agensi

    Amzar dan Bunga terima pelbagai ucapan tahniah. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah India

    NEW DELHI, 1 MEI - Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi tadi dengan ibu bapa bergegas membawa...