Friday, May 17, 2024
27.7 C
Brunei

    -

    Kecaman, fitnah buat Iqram Dinzly benci hidup sebagai selebriti

    Sudah penat berdepan kecaman dan fitnah di media sosial membuatkan pelakon Malaysia, Iqram Dinzly membawa diri ke Singapura bagi mencari rezeki.

    Memetik laporan mStar, Iqram atau Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, berkata walaupun rindu dengan dunia lakonan, tetapi beliau sudah bosan hidup sebagai seorang selebriti.

    “Kebanyakan masa saya dihentam dan difitnah di media sosial, setiap kali buat live ada sahaja komen negatif, tak larat nak layan dah.

    “Tapi bila ke Singapura, ada rezeki saya di sana, jadi saya lihat rezeki itu luas. Saya dah bosan hidup sebagai selebriti.

    “Tipulah tidak rindu dunia lakonan cuma rasa terasinf sebab lama memencilkan diri,” katanya kepada mStar.

    Iqram berkongsi perkara itu ketika ditemui sewaktu program Celebrate Earth Day With Hariz Hamdan di UM Arena, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Ditanya mengenai fitnah paling terkesan dalam hidup, Iqram menjawab tuduhan beliau merupakan anak derhaka meninggalkan parut sukar untuk dilupakan.

    Malah, itu merupakan salah satu faktor beliau benci untuk kembali ke dunia glamor.

    “Fitnah tentang saya jadi anak derhaka paling terkesan, makan diri sebab nak kembali jadi diri sendiri susah.

    “Rasa benci dengan kehidupan sebagai selebriti sebab sewaktu di puncak semua masih ada, tapi bila berada di bawah semua hilang.

    “Tak berdendam tapi cukuplah sebab saya hilang jati diri,” jelasnya.

    Sementara itu, Iqram memberitahu fokusnya kini terarah kepada perniagaan sambalnya di Singapura.

    Bahkan selepas setahun menjual produk tersebut, beliau mahu mencuba nasib berniaga di TikTok seperti usahawan lain.

    “Saya sekarang banyak fokus pada bisnes sambal saya sendiri, nak kembangkan perniagaan di Singapura.

    “Baru setahun meniaga di sana, selepas ini saya akan cuba meniaga di TikTok.

    “Mengapa Singapura? Sebab di Malaysia saya dikecam dan difitnah jadi saya bawalah diri,” ujarnya. – Agensi

    Iqram bawa diri ke Singapura selepas penat dikecam di Malaysia. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua sekolah dibina semula dengan bantuan China

    KATHMANDU, 16 MEI - Dua sekolah awam yang dibina semula dengan bantuan orang Cina di daerah Dolakha Nepal telah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan,...