Thursday, May 2, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Cantlay pertahankan gelaran Kejuaraan BMW

    WASHINGTON, 22 OGOS – Juara bertahan playoff Piala FedEx, Patrick Cantlay berjaya memenangi Kejuaraan BMW kali kedua berturut-turut kelmarin, menjadinya pemain pertama untuk mempertahankan gelaran playoff Jelajah PGA.

    Pemain nombor empat dunia, Cantlay, bangkit daripada ketinggalan dua pukulan di back nine untuk menewaskan rakan senegaranya dari Amerika Syarikat (AS), Scott Stallings.

    Cantlay membuat pukulan dua bawah par 69 untuk menamatkan 72 lubang di Wilmington Country Club di Delaware pada 14 bawah 270 dan menewaskan Stallings dengan satu pukulan.

    “Saya bermain dengan baik minggu ini dan saya gembira dapat memenangnya,” kata Cantlay.

    Stallings berkongsi kedudukan pendahulu bersama Cantlay apabila dia meninggalkan pukulan sembilan kaki di lubang ke-18, tetapi Stallings terlepas pukulan birdie dan menamatkan perlawanan dengan pukulan par.

    Reaksi Patrick Cantlay meraikan kemenangan setelah memenangi Kejuaraan BMW, pada 21 Ogos lalu. – AFP

    Sementara itu, Cantlay membuat pukulan di lubang ke-17 ke kawasan fairway. Dia kemudian membuat pukulan enam kaki dari lubang melakukan birdie untuk mendahului perlawanan.

    “Saya melakukan pukulan yang baik dan meraih beberapa break yang baik,” kata Cantlay.

    “Di lubang ke-17, ia bukan break yang saya jangkakan dan ia sangat penting bagi saya untuk mengambil kelebihan.”

    Cantlay juga mungkin menjadi pemain pertama untuk mengulangi meraih kejuaraan Piala FedEx minggu hadapan di Jelajah Kejohanan di Atlanta.

    Pemain nombor satu dunia, Scottie Scheffler, yang berkongsi kedudukan ketiga dengan pemenang Olimpik Tokyo, Xander Schauffele di 273, mendahului kedudukan mata musim yang akan bermula minggu hadapan di East Lake di 10-bawah par dengan mendahului dua pukulan ke atas Cantlay.

    Juara bertahan Masters itu juga mempunyai jurang yang besar ke atas 30 orang pemain yang mengejar gelaran playoff Piala FedEx. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36

    GUANGZHOU, 2 MEI - Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan,...