WASHINGTON, 9 JAN – Jarrett Allen telah menjaringkan 25 mata untuk memimpin Cleveland Cavaliers menewaskan Oklahoma City Thunder 129-122 kelmarin, dalam perlawanan bersejarah yang dilihat sebagai pratonton NBA Final.
Cavaliers yang mendahului NBA meningkat kepada 32-4 dengan kemenangan ke-11 berturut-turut mereka manakala pasukan pelawat Thunder sebagai pendahulu Western Conference merosot kepada 30-6 dengan rekod kemenangan kelab 15 perlawanan berturut-turut dileburkan.
“Rasanya seperti pertempuran sepanjang malam,” kata Allen.
“Kami menjaringkan mata, begitu juga pasukan lawan, selain menerima halangan di antara kedua-dua buah pasukan. Kami tahu pada penghujung malam ia bergantung kepada pasukan mana yang mempunyai lebih banyak usaha.”
Pada malam apabila bintang Cavaliers, Donovan Mitchell hanya menjaringkan 11 mata daripada 16 jaringan mata, pemain bertubuh sasa Cavaliers mengambil alih kawalan dalam perlawanan itu.
Allen yang menjadi penjaring terbanyak telah menambah 12 rebound, enam assist dan tiga steal ketika bekerjasama dengan rakan sepasukannya, Evan Mobley, yang memperoleh 21 mata, 10 rebound dan tujuh assist.
Mereka menjadi rakan sepasukan Cavaliers pertama yang masing-masing mencatatkan 20 mata, 10 rebound dan lima assist dalam satu perlawanan sejak LeBron James dan Dwyane Wade pada 2017. – AFP