Thursday, May 2, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Char kuey teow hidangan pilihan

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Char kuey teow merupakan salah satu menu yang menjadi pilihan pada bila-bila masa.

    Hidangan yang ringkas sungguh enak bila dimakan panas-panas.

    Maksud char kuey teow ini sebenarnya kuetiau goreng lantaran perkataan hokkien ‘char’ yang membawa maksud goreng atau tumis. Kebiasaannya char kuey teow ini dikaitkan dengan kuetiau goreng basah yang dihidang dengan udang, sotong atau hirisan ayam sebagai menu popular di gerai-gerai, pasar malam mahupun di restoran.

    Sajian ini memang terkenal sedap dan cepat disediakan sehingga menjadi pilihan utama untuk orang ramai yang ingin lepak di gerai-gerai sambil berborak bersama rakan-rakan.

    BAHAN-BAHAN

    Bercerita secara ringkas bahan-bahan yang diperlukan terbahagi kepada beberapa bahagian termasuk bahan-bahan untuk dikisar halus seperti bawang putih, bawang merah dan sedikit air, manakala bahan-bahan untuk air rebusan adalah kulit udang dan air.

    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva

    Selepas itu, bahan-bahan untuk sos char kuey teow adalah sedikit minyak untuk menumis, bahan (A), cili kisar, kicap manis, kicap cair, sos tiram, bahan (B), kiub ikan bilis, garam dan gula.

    Manakala itu, bahan-bahan yang digunakan untuk char kuey teow adalah sedikit minyak, satu pek kuetiau jenis halus, satu ikat kuchai, taugeh, telur dan sebagainya.

    CARA PENYEDIAAN

    Cara penyediannya pula, mula-mula buang kepala udang dan rebus hingga 10 minit. Tuang dalam pengisar dan kisar halus kulit udang tersebut, kemudian tapis airnya, hampas kulit udang boleh buang.

    Setelah itu cincang kasar bawang merah dan bawang putih, masukkan dalam pengisar, tambah sedikit air dan kisar sehingga halus.

    Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.

    Kemudian tambah kicap manis, kicap cair, sos tiram, sos tomato (boleh ganti asam keping atau cuka) dan semua air rebusan udang tadi. Setelah itu tambah kiub ikan bilis,
    tambahkan petis namun boleh ganti dengan sedikit belacan dan masak sampai mendidih.

    Kemudian tambah garam dan gula secukup rasa.

    Sementara itu, cara-cara untuk mengoreng kuetiau adalah mula-mula bilas kuetiau dengan air dan tapis, bersihkan kuchai dan hiris memanjang, panaskan minyak lalu masukkan udang dan kacau sampai kulit udang bertukar merah.

    Selepas itu masukkan dua senduk sos char kuey teow, tambah empat hingga lima senduk air, kuetiau, masukkan tauge dan kuchai dan yang terakhir sekali telur. Apabila sudah masak, pindahkan ke dalam pinggan dan sedia untuk dimakan, selamat mencuba.

    Bahan-bahan:

    • Bahan-bahan untuk kisar halus (A):
    o 6 ulas bawang putih
    o 3-4 biji bawang merah
    o sedikit air

    • Bahan-bahan untuk air rebusan (B) :
    o kulit udang (dari 10-15 ekor udang)
    o anggaran 3 cawan air

    • Bahan-bahan untuk sos char kuey teow:
    o Sedikit minyak utk menumis
    o Bahan (A)
    o 2 senduk cili kisar
    o 1/4 cawan kicap manis
    o 6 sudu besar kicap cair
    o 4 susu besar sos tiram
    o Bahan (B)
    o 1 kiub ikan bilis
    o 1 sudu besar petis (boleh ganti 1/2 sudu kecil belacan kalau tidak ada)
    o garam
    o gula

    • Bahan-bahan untuk char kuey teow:
    o sedikit minyak
    o 1 pek kuetiau (jenis halus)
    o 1 ikat kuchai
    o 1 mangkuk taugeh
    o telur

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36

    GUANGZHOU, 2 MEI - Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan,...