Thursday, May 2, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Chelsea mara ke final Piala Dunia Kelab

    ABU DHABI, 10 FEB – Romelu Lukaku menjaringkan gol yang sangat diperlukan ketika Chelsea menewaskan pemain Arab Saudi, Al Hilal 1-0 kelmarin untuk mara ke final Piala Dunia Kelab menentang juara Amerika Selatan, Palmeiras.

    Pemain bayaran mencecah rekod kelab Chelsea itu gagal menjaringkan gol dalam lima perlawanan sebelum tiba di Abu Dhabi dan pasukan The Blues sedang menanti pemain berusia 28 tahun itu untuk mempamerkan prestasi terbaiknya pada separuh kedua musim ini.

    Pemain antarabangsa Belgium itu menjaringkan dari jarak dekat pada minit 32 selepas ketinggalan untuk membawa Chelsea ke final Sabtu ini, yang kedua dalam tiga tahun antara pasukan Inggeris dan Brazil.

    “Semua orang sangat gembira kerana Romelu menjaringkan gol,” kata pembantu Chelsea, Zsolt Low, yang membantu menggantikan jurulatih, Thomas Tuchel selepas diuji positif COVID-19.

    “Dia berjuang dan cuba bersungguh-sungguh dalam perlawanan terakhir untuk memberikan segala-galanya. Itulah sebabnya kami memberinya peluang sepanjang masa perlawanan ke perlawanan dan kami berharap dia mempunyai sedikit tuah untuk menjaringkan gol.

    “Dia menjaringkan gol hari ini dan kami sangat gembira, dia sangat gembira dan kami berharap dia meneruskannya kemudian menjaringkan lagi pada perlawanan akhir.”

    Chelsea boleh menyertai Manchester United dan Liverpool sebagai pasukan Inggeris ketiga yang memenangi Piala Kelab Dunia, setelah menamatkan saingan sebagai naib juara kepada Corinthians pada penampilan pertama mereka pada 2012. – AFP

    Aksi N’Golo Kante bersaing untuk mendapatkan bola dengan Salem al-Dawsari dalam perlawanan antara Chelsea dan Al-Hilal kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36

    GUANGZHOU, 2 MEI - Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan,...