Sunday, May 12, 2024
25 C
Brunei

    -

    China enjin pertumbuhan dunia – Ketua wto

    DAVOS, 23 JAN – Sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2023 mengingatkan masyarakat antarabangsa untuk mengintensifkan kerjasama pada masa depan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pembangunan dunia, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Ngozi Okonjo-lweala baru-baru ini.

    Beliau berkata dunia kini masih belum pulih sepenuhnya daripada impak penularan COVID-19 tetapi situasi sedang berkembang ke arah yang kian baik.

    Beliau menyifatkan pembukaan semula China sebagai faktor positif buat seluruh dunia.

    “Permintaan penggunaan domestik China akan meningkat semula manakala industri pembuatannya akan pulih ke tahap normal. Inilah berita baik bagi ekonomi dunia. China akan terus berperanan sebagai enjin pertumbuhan global,” kata lweala.  

    Menyentuh mengenai dasar perlindungan perdagangan yang diamalkan beberapa negara, Iweala berkata multilateralisme telah membawa kemakmuran kepada dunia manakala globalisasi pula berjaya membawa lebih sebilion rakyat di dunia keluar daripada belenggu kemiskinan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sherpa lebarkan rekodnya sendiri, daki Gunung Everest kali ke-29

    KATHMANDU, 12 MEI - Salah seorang sherpa pendakian terhebat di Gunung Everest telah mendaki puncak tertinggi dunia untuk kali ke-29, memanjangkan rekodnya sendiri untuk...